Friday, August 6, 2010

Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Peribahasa merupakan satu perumpamaan yang selalu digunakan di Malaysia. Peribahasa ini kerap digunakan tidak mengira bangsa, umur dan tempat. Pelbagai jenis peribahasa boleh kita gunakan seperti ‘isi dengan kuku’ dan macam-macam lagi. Dan dapat juga kita lihat di dalam filem-filem Melayu pada zaman dahulu sering menggunakan peribahasa di dalam dialog mereka. Peribahasa juga digunakan untuk menunjukkan keadaan, perasaan dan dituju kepada seseorang. Tetapi di dalam artikel ini kita akan membincangkan tentang peribahasa yang berbunyi ‘sudah terhantuk baru terngadah’. Peribahasa ini telah digunakan lebih dari sedekad yang lalu. Peribahasa ini juga membawa maksud yang sangat mendalam dan amat bermakna kepada orang yang ditujukan.

Maksud peribahasa ‘sudah terhantuk baru terngadah’ adalah apabila seseorang itu menyedari kesilapannya apabila telah melakukan kesilapan. Peribahasa itu biasanya ditujukan kepada sesorang yang bersikap lalai, cuai dan degil. Peribahasa ini juga boleh ditujukan kepada orang yang sombong. Kebiasaannya orang yang ditujukan dengan peribahasa ini akan mengalami kerugian. Kerugian yang dimaksudkan itu termasuklah dari segi fizikal dan mental. Kerugian itu juga dimaksudkan dengan kehilangan harta benda atau sesuatu yang akan dikesali selam beberapa lama.

Setiap perkara yang berlaku mesti mempunyai sebab dan punca-punca yang tertentu. Termasuk juga di dalam melakukan kesilapan. Punca mengapa manusia ‘sudah terhantuk baru terngadah’ mempunyai beberapa sebab-sebab yang tertentu. Antaranya yang paling ketara adalah cuai. Perkara yang kerap dilakukan oleh manusia dari dahulu lagi adalah cuai. Cuai ini bermaksud seseoran itu melakukan kesilapan yang berpunca dari diri sendiri. Cuai ini juga boleh menyebabkan kesan-kesan yang besar terhadap diri sendiri atau sesebuah organisasi. Antara contoh kecuaian sendiri yang memberi kesan kepada diri sendiri atau orang lain yang dapat kita lihat selalu adalah kemalangan-kemalangan jalan raya yang sering kita dengar di berita atau lihat di dada surat khabar. Kalau kesan cuai yang dapat kita lihat memberi kesan kepada organisasi atau sesuatu yang lebih besar adalah kekalahan tentera Islam pada perang Uhud yang telah menyebabkan ramai orang Islam terbunuh termasuk Saidina Hamzah. Perkara ini amat disesali oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Telah disebutkan sebelum ini bahawa sikap cuai ini telah memberi kesan yang besar terhadap diri sendiri atau organisasi. Tetapi kita perlu tahu juga mengapa sikap cuai ini sering berlaku. Antara sebabnya yang paling ketara kita boleh lihat adalah sikap sombong dan juga tiada rancangan yang strategik. Itu adalah punca-punca utama mengapa sikap cuai ini berlaku. Mengapa dikatakan sikap sombong ini adalah punca berlakunya kecuaian adalah sikap sombong ini kebiasaannya tidak akan mendengar nasihat atau pandangan orang lain. Kebiasaannya sikap sombong ini dapat kita lihat pada orang-orang yang mendapat durian runtuh atau yang berkelulusan akademik yang bagus. Mereka akan merasa diri mereka sudah cukup bagus untuk membuat keputusan dengan sendiri tanpa meminta bantuan dari orang lain.

Selain itu, antara punca sikap cuai ini berlaku adalah tiada rancangan yang strategik. Seperti yang kita tahu rancangan adalah sesuatu perkara yang amat penting untuk melaksanakan sesuatu. Melalui melakukan rancangan yang strategik kita boleh mengurangkan kesilapan-kesilapan yang berlaku. Rancangan ini selalu dilakukan di dalam organisasi yang kecil seperti keluarga sehinggakan organisasi yang besar seperti negara. Tetapi di dalam topik ini kita ambil negara sebagai contoh iaitu Malaysia. Negara Malaysia diterajui oleh perdan menteri yang bagus. Pelbagai masalah telah dapat diatasi dengan mudah melalui rancangan-rancangan yang strategik yang diilhamkan oleh perdana menteri itu sendiri. Seperti contoh masalah ekonomi pada tahun 1997. Jika tidak keranca mantan perdan menteri Tun Dr Mahathir itu sendiri Malaysia pasti akan menampung hutang yang besar seperti apa yang berlaku terhadap Indonesia. Selain itu, kita juga dapat lihat keberkesanan rancangan yang strategik itu sendiri melalui penaklukan Baitulmaqdis oleh Salhudin Al-Ayubi.

Melalui peribahasa ‘sudah terhantuk baru terngadah’ ini juga telah membentuk manusia yang ada pada masa sekarang. Ini kerana manusia hanya akan menyedari akan kesilapan mereka setelah kecelakaan menimpa mereka. Manusia mudah leka dengan kesenangan atau kejayaan yang mereka capai. Telah disebut di dalam al-quran bahawa manusia adalah makhluk sebagus-bagus ciptaan. Ini bermakna manusia adalah ciptaan tuhan yang palin sempurna dan berkuasa di muka bumi. Tetapi telah disebut juga di dalam hadis nabi bahawa setiap manusia akan melakukan kesilapan. Manusia juga mempunyai hawa dan nafus yang mendorong mereka mudah untuk melakukan kesilapan. Pelbagai ciptaan telah dilakukan oleh manusia itu sendiri untuk membantu hidup mereka untuk menjadi lebih senang. Ada sesetengah perkara yang dicipta itu memberi kesan yang bagus dan ada sesetengah itu memberi kesan yang buruk.

Namun sudah menjadi lumrah dunia bahawa setiap perkara yang berlaku itu mempunyai kesan samaada baik atau buruk. Ini juga termasuk di dalam proses evolusi manusia dari masa ke semasa. Sebagai contoh di mana negara-negara Eropah pada mase dahulu yang jatuh akibat tiada punca ekonomi akibat keghairahan mereka di dalam mencipta pelbagai benda. Perkara itu telah menyedarkan mereka dan mereka telah melakukan revolusi untuk menjadi lebih maju. Itu adalah contoh yang baik untuk peribahasa ‘sudah terhantuk baru terngadah’.

Jadi secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa ‘sudah terhantuk baru terngadah’ memang memberikan kesan yang buruk tetapi melalui perkara itu baru dapat menyedarkan mereka tentang sesuatu perkara.

2 comments:

  1. Salam Wan,
    Banyak perkara yang kita perlu belajar dari kesilapan, namun kita perlu mengambil iktibar daripada kesilapan yang telah lalu tanpa mengulangi kesilapan yang sama pada masa mendatang. Terdapat juga sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa untuk mencapai kejayaan kita perlu menempa banyak kegagalan. Apa yang penting, kita perlu bersikap sederhana, kerana jika tinggi harapan kita, maka tinggilah juga untuk menghadapi kekecewaan.

    ReplyDelete
  2. Casinos in Malta - Filmfile Europe
    Find the apr casino best Casinos in 토토 사이트 Malta including https://febcasino.com/review/merit-casino/ bonuses, https://deccasino.com/review/merit-casino/ games, games and the history 바카라 사이트 of games. We cover all the main reasons to visit Casinos in

    ReplyDelete