Friday, August 6, 2010

Buang Anak

Menurut Imam Al-Ghazali anak-anak adalah amanah atas ibubapa. Jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa. Ini bermaksud anak itu adalah amanat daripada Allah s.w.t. Ini bermaksud anak adalah satu anugerah yang paling bermakna daripada tuhan untuk manusia di muka bumi ini. Anak haruslah dibesarkan di dalam keadaan yang baik dan diajar dengan ilmu-ilmu yang baik.

Namun itu, pada masa kini anak-anak tidak dihargai oleh manusia. Kes-kes membuang anak semakin berlulasa di negara kita. Setiap hari ada sahaja kes buang anak yang terpampang di dada akhbar. Untuk penggal Jan-Sept 2008 Jabatan Kebajikan Malaysia mencatatkan 50 kes buang anak yang berlaku dan 36 kes daripadanya adalah daripada golongan bangsa Melayu. Manusia sekarang boleh dikatakan semakin kejam, tidak cukup dengan peperangan yang berlaku di seluruh dunia dan sekarang anak-anak yang baru sahaja melihat dunia dan ada juga yang tidak sempat unutk merasakan kehangatan dunia ini di bunuh dan dibiarkan sahaja dimakan oleh alam. Manusia tidak mengenal erti kesyukuran. Sesetengah orang menhabiskan hampir ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan zuriat. Tetapi mereka yang pesalah laku di dalam kes ini dengan sewenang-wenangnya membuang zuriat mereka merata-rata. Mereka ini telah menjatuhkan maruah negara, bangsa, agama dan diri mereka. Mereka ini tidak patut sebagai manusia. Baru-baru ini pihak berkuasa dapat menangkap sepasang remaja yang menanam anak mereka di tepi sungai. Kejadian itu berlaku di Melaka. Pihak media, jabatan polis dan badan-badan yang bertanggungjawab telah berusaha sedaya upaya untuk menghalang perkara ini dari berlaku. Kerajaan juga telah menjalankan pelbagai kempen dan ceramah agar orang ramai sedar akan kesilapan mereka.

Mengapa perkara ini berlaku? Siapa yang patut dipersalahkan?

Jika kita merujuk kembali kepada petikan kata-kata Imam Al-Ghazali di atas telah dinyatakan dengan jelas bahawa keperibadian anak-anak atau manusia perlu dibentuk sejak dari kecil iaitu dengan cara dibesarkan. Ini bermaksud perkara ini berlaku adalah kerana kurangnya didikan dari ibubapa itu sendiri. Telah dinyatakan di atas jika anak-anak itu dibesarkan dengan cara yang elok maka eloknya anak-anak itu akan jadi apabila dewasa nanti dan juga sebaliknya. Maka ini bermaksud jika seorang anak itu kurang mendapat didikan dari rumah atau ibupa mereka maka mereka akan menjadi seorang yang tidak elok walaupun mereka mendapat didikan yang lengkap di sekolah dan menjadi seorang berjaya di sekolah ataupun kehidupannya.

Mengapa ibubapa memainkan peranan yang penting di dalam menangani isu kes buang anak yang berlalrutan sehingga sekarang ini?

Ini adalah kerana anak-anak itu membesar bersama ibubapa tersebut. Kebiasaannya anak-anak akan berada bersama ibubapa sehingga umur mereka 15 tahun atau lebih. Dan mereka akan berada bersama ibubapa tersebut lebih dari 10 jam sehari. Ini bermaksud mereka akan menjadikan ibubapa mereka sebagai idola secara automatik. Mereka akan meniru apa yang dilakukan oleh ibubapa mereka dan mendengar apa yang dikatakan mereka. Ini juga adalah bukti yang menyatakan bahawa ibubapa akan membentuk jati diri seseorang anak itu. Ini juga selari dengan dengan bukti pertama di atas bahawa didikan tidak formal itu penting.

Emosi yang terganggu gara-gara tindakan ibubapa juga boleh menyebabkan anak-anak mudah tercenderung untuk melakukan jenayah. Antara tindakan ibubapa yang boleh mempengaruhi anak-anak adalah seperti penceraian dan terlalu sibuk mencari harta. Ini akan menyebabkan anak-anak mengalami stress dan anak-anak akan kurang mendapat perhatian dan tidak tahu mengenai batas-batas di dalam kehidupan.

Untuk mengurangkan kes buang anak ini ibubapa perlulah memainkan peranan yang penting. Didikan tidak formal yang bermula dari rumah adalah sangat penting. Didikan tidak formal ini termasuklah didikan agama dan akhlak serta adab-adab di dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seseorang manusia. Seseungguhnya iman yang kuat dapat menghalang seseoran itu dari melakukan perkara-perkara negatif seperti maksiat dan buang anak dan juga dapat membuat sesoarang itu berfikir secara waras di dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Ar Ra’du (13) : 27-28

Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki

orang-orang yang bertaubat kepada-Nya, (yaitu) orang-orang yang beriman

Merujuk kepada ayat al-quran di atas telah terbukti bahawa iman itu adalah sangat penting. Ayat di atas menyatakan bahawa dengan iman Allah s.w.t. tidak akan menyesatkan seseorang itu malah akan membantu seseorang itu ke jalan yang benar. Dan dengan iman itu juga sesorang itu akan berasa takut untuk melakukan sebarang kejahatan.

Selain itu, oleh kerana anak-anak membesar bersama ibubpa dan menghabiskan hampir sebahagian hidupnya bersama ibubapa mereka jadi mereka akan mudah untuk meniru perbuatan ibubapa mereka dan mendengar kata-kata mereka. Apa yang ingin dikatakan di sini ibubpa perlulah memainkan peranan penting denga menunjukkan tingkah laku yang baik dan menjadi teladan kepada mereka. Anak-anak akan berasa lebih selamat jika ibubapa mereka menunjukkan tingkah laku yang baik dan mereka akan lebih mudah mengikut apa-apa perbuatan ibubapa mereka yang menunjukkan akhlak yang baik. Ini juga untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap anak-anak terhadap ibubapa dan mereka akan meniru tingkah laku ibubapa itu kerana perasaan bangga tersebut.

Kemahiran gaya keibubapaan yang dipraktikkan oleh ibu bapa terhadap anak mereka secara

tidak langsung mempengaruhi perkembangan anak-anak tersebut.

( Baumrind 1971; Baumrind & Black, 1967)

Menurut kajian Baumrind dan Black telah terbukti bahwa anak-anak akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilakukan oleh ibubapa mereka. Jadi ini membuktikan ketika anak-anak sedang membesar otak mereka mudah terpengaruh dengan perangai ibubapa mereka berbanding denga perkara-perkara lain seperti rancangan di televisyen dan guru-gur di sekolah.

Konsep ibubapa sebagai kawan juga boleh dipratikkan oleh ibubapa pada zaman kini. Oleh kerana zaman sekarang yang sudah maju dan anak-anak juga tidak mahu mundur ke belakang. Oleh itu, mereka akan lebih bebas pada zaman sekarang dan lebih banyak bergaul berbanding dengan anak-anak pada zaman dahulu. Dengan teknologi seperti facebook, yahoo messenger dan telefon bimbit yang canggih lebih memudahkan mereka untuk bergembira. Ibubapa haruslah memantau keadaan itu. Ibubapa haruslah tahu akan rakan-rakan mereka, tempat dikunjungi oleh mereka dan jika boleh menghubungi mereka untuk mengetahui keadaan mereka. Tetapi perlu ditegaskan ibubapa tidaklah boleh bersikap terlalu mengongkong atau membuat keputusan dengan sendiri tanpa berbincang dengan anak-anak dahulu. Ini kerana anak-anak akan berasa tidak selesa dan takut untuk bersama ibubapa. Ibubapa juga boleh menjadi tempat untuk mereka mengadu nasib.

Sering kali kita dipersoalkan dengan adakah rotan dan memukul itu adalah cara atau jalan yang terbaik di dalam mendidik anak-anak untuk menjadi seorang insan yang berguna? Rotan atau memukul adalah suatu cara yang sesuai di dalam membentuk jati diri seseorang anak itu untuk menjadikan insan yang berguna. Ini kerana dengan merotan atau memukul itu barulah anak-anak itu akan mengetahui kesalahan yang dilakukan itu dan menyedarkan mereka terhadap kesalahan mereka dan juga mencegah mereka dari melakukan kesalahan yang sama kerana mereka akan berasa takut untuk dihukum kembali. Di dalam hadis rasullulah s.a.w., Allah s.w.t memberkati rumah yang mengandungi rotan. Tetapi untuk menghukum anak-anak itu perlulah mempunyai batasan. Kita bukannya ingin mendera mereka tetapi untuk menyedarkan mereka terhadap kesalahan mereka dan mencgah mereka dari melakukan kesalahan yang sama. Kita tidak perlulah merotan mereka dengan kejam dan menggunakan hampir semua tenaga kita ketika sedang menghukum mereka. Ini adalah kerana ini akan mewujudkan perasaan benci di hati mereka terhadap ibubapa mereka.

Secara kesimpulannya ibubapa memainkan peranan yang penting di dalam menjadikan seorang insan yang berjati diri mulia. Ibubapa tidak bolehlah lepas tangan terhadap anak-anak hanya kerana mereka telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau apa-apa pusat pengajian. Ibubapa juga tidaklah boleh melibatkan anak-anak mereka di dalam masalah mereka hanya keran mereka menghadapi tekana di dalam masalah tersebut sperti masalah penceraian. Dan akhir sekali ibubpa perlulah mengajar anak-anak mereka untuk mengingati agama seprti melakukan solat 5 waktu sehari ini adalah kerana solat itu adalah tiang agama dan agama akan membentuk jati diri seseorang. Jika ibubapa memainkan peranan dengan betul, kes buang anak dapat dikurangkan dan juga masalah-masalah lain seperti dadah dan anak luar nikah. Ibubapa juga perlulah meluangkan masa dengan anak-anak mereka agar ibubapa tahu masalah-masalah mereka dan bersikap lebih terbuka terhadap mereka agar anak-anak akan merasa lebih selesa dan selamat ketika bersama mereka.

No comments:

Post a Comment