Sunday, June 26, 2011

ini masalah

seperti kita tahu pada zaman sekarang ilmu itu merupakan suatu kepentingan yang diperlukan oleh semua manusia di muka bumi ini untuk berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah. dan semestinya ilmu yang dimaksudkan itu mesti mempunyai pengesahan dari beberapa institusi-institusi pengajian dengan cara memperolehi segulung diploma atau ijazah dari mereka.dan seperti kita tahu pada zaman sekarang spm dan juga diploma kita tidak mempunyai nilai untuk memohon sebarang pekerjaan.ijazah juga boleh dikatakan agak susah untuk digunakan ketika memohon kerja.dan jika kita lihat pada kebanyakan iklan-iklan memohon kerja pengalaman yang diperlukan.tetapi bagi pelajar yang baru menamatkan pelajaran mereka perkara itu adalah mustahil.ini kerana mereka baru sahaja memulakan alam pekerjaan mereka dan kemungkinan pengalaman yang mereka perolehi di alam pekerjaan adalah berkerja sebagai pembantu di kedai makanan ataupun kedai pakaian.
menurut laman web kementerian pengajian tinggi malaysia ipts di malaysia sahaja hampir mencecah angka 500 dan pelajar tempatan yang mendaftarkan diri di ipta malaysia hampir mencecah angka 500,00.ini membuktikan kerajaan malaysia ingin melahirkan rakyat yang berilmu dan selain itu fakta ini juga menunjukkan bahawa rakyat malaysia semakin cintakan ilmu dan ingin memajukan diri mereka.
walaupun perkara ini menunjukkan implikasi yang positif di kalangan rakyat malaysia tetapi keburukan dari perkara ini juga dapat kita lihat.beberapa permasalahan dapat kita lihat setelah perkara ini menjadi kebiasaan pada rakyat malaysia.
perkara pertama yang dapat kita saksikan menjadi masalah akibat daripada perkara di atas adalah melahirkan ramai rakyat malaysia yang sama.apa yang dimaksudkan dengan sama adalah semua rakyat malaysia akan mempunyai ijazah dan ini akan menyebabkan para majikan menjadi keliru untuk memilih calon yang sesuai untuk berkerja dengan mereka.ini juga akan menyebabkan para majikan tidak akan melihat latar belakang pendidikan sebagai rujukan pertama untuk memilih calon yang sesuai berkerja dengan mereka.perkara ini telah dapat kita saksikan sekarang.para majikan lagi mementingkan pengalaman daripada latar belakang pendidikan.ini akan menyebabkan pengangguran meningkat di malaysia.ini adalah kerana kebanyakan atau boleh dikatakan semua lepasan universiti di malaysia tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang yang mereka ceburi.
selain itu, permasalahan yang jelas dapat kita lihat adalah para pelajar dan juga universiti seperti melepaskan batuk di tangga di dalam menunaikan tanggungjawab mereka.perkara ini dijadikan sebagai satu masalah adalah kerana kita dapat lihat pelajar-pelajar sekarang hanya belajar untuk mendapatkan ijazah atau diploma bukan kerana minat mereka terhadap ilmu itu sendiri.selain itu, pensyarah-pensyarah juga dapat kita lihat mereka hanya mengajar subjek mereka mengikut skema yang telah ditetapkan.seperti kita tahu di peringkat universiti pelajar-pelajar haruslah memberi pendapat dan juga membahas teori-teori yang dikemukan.pensyarah-pensyarah juga haruslah memberi sokongan di dalam mencetuskan perdebatan yang sihat dikalangan pelajar.ini adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk memikir luar dari kotak dan juga untuk menghasilkan kemungkinan besar bahawa teori baru akan dikemukan oleh pelajar itu sendiri.dengan melakukan ini juga para pelajar akan mempunyai harapan yang cerah di dalam kareer mereka.
hanya dengan melihat terhadap dua permasalahan di atas kita telah dapat menyimpulkan bahawa untuk melahirkan generasi akan datang yang lebih berwibawa dan juga membawa kebaikan terhadap negara kita pelbagai perkara harus dilakukan.kita harus mengambil langkah segera untuk mengelakkan permasalahan itu berulang dan juga untuk menghasilkan pemikir yang bagus seperti galilo galilei, plato dan ramai lagi.