Monday, March 28, 2011

TAKUT?!

perasaan takut.perasaan yang selalu ade pada setiap insan di muka bumi ini.setiap orang tidak boleh menfaikan bahawa mereka pasti akan merasa takut pada sesuatu benda.sebagai contoh perdana menteri kita pasti akan berasa takut untuk memilih keputusan yang sesuai agar dapat memanfaatkan rakyat.oleh itu, perasaan takut adalah suatu kewajipan pada manusia.manusia dilahirkan dengan perasaan takut.apa itu perasaan takut?adakah ia sama dengan perasaan malu?menurut sebuah kajian yang diajalankan di amerika syarikat perbezaan ketara diantara takut dan malu adalah orang yang berasa malu akan berasa tidak selesa manakala orang yang berasa takut akan menjadi gelisah.ini dapat dibuktikan oleh situasi sebenar.apabila kita melihat rancangan 360 di tv3 kita dapat melihat setiap suspek atau penjenayah yang ditangkap akan merasa gelisah.ini dibuktikan melalui percakapan mereka, gerak tangan mereka dan juga mereka tidak akan duduk diam seperti yang diarahkan.oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa takut itu adalah perasaan yang akan membuat orang menjadi gelisah dan takut itu adalah terhadap sesuatu perkara,manusia atau benda.
ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang itu berasa takut.antaranya keturunan dan juga pengalaman.walaupun banyka lagi punca yang boleh dinyatakan sebagai punca perasaan atakut tapi dua punca ini merupakan antara yang utama.seperti kita ketahui setiap anak atau zuriat yang dilahirkan pasti akan mewarisi beberapa perkara daripada ibubapa mereka.perkara tersebut yang dapat kita lihat secara jelas adalah seperti bentuk fizikal.antaranye bentuk hidung,telinga,mata dan lain-lain.selain itu,perkara yang juga akan diwarisi oleh anak atau zuriat daripada ibubapa mereka juga datang dalam bentuk mental.apa yang dimaksudkan dengan mental ini adalah mereka akan mempunyai cara pemikiran yang sama.walaupun mereka pasti tidak akan mewarisi pemikiran ibubapa mereka secara 100%.sebagai contoh kebiasaannya anak lelaki akan mempunyai cara yang sama seperti bapa mereka di dalam menyelesaikan masalah.perkara ini adalah dilakukan tanpa sedar oleh anak lelaki tersebut.oleh itu,ingin ditekankan disini bahawa setiap manusia akan mewarisi perasaan takut itu daripada ibubapa mereka tanpa mereka sedari.walaupun perkara ini tidak banyak berlaku di kalangan manusia tetapi beberapa orang di muka bumi ini pasti akan mempunyai punca perasaan takut yang sama seperti ibubapa mereka.
seterusnya,punca yang kedua adalah pengalaman.ada pepatah melayu yang menyatakan pengalaman.antaranya,pengalaman mengajar kita.apa yang dimaksudkan dengan peribahsa tersebut adalah kita akan belajar sesuatu yang baru daripada pengalaman kita.di dalam dunia pekerjaan seseorang yang mempunyai pengalaman yang bagus akan mempunyai nilai yang tinggi.oleh itu, boleh dikatakan bahawa pengalaman ini sangat penting.dan juga dari pengalaman juga boleh dikatakan datangnye perkara-perkara negatif seperti taruma.seperti kita tahu trauma ini adalah sesuatu perasaaan yang membuat kita berasa fobia dan juga takut akan sesuatu.seperti contoh seseorang yang baru terlibat dengan kemalangan kereta di jalan raya akan membuat dia berasa fobia terhadap jalan atau kelajuan.

Wednesday, March 23, 2011

KeJaYaAn

apa itu kejayaan?berjaya menjaringkan gol seperti safee sali?berjaya mengalahkan lin dan seperti lee chong wei?mungkin itu yang digambarkan atau difikirkan oleh kebanyakan manusia mengenai kejayaan.mungkin juga ade sesetengah manusia itu memikirkan kejayaan itu kebiasaannya datang dari kepuasaan.walaupun kalah di dalam sesuatu pertempuran tetapi kepuasaan berusaha dengan bersungguh-sungguh itu merupakan kejayaan bagi sesetengah pihak.bagi penulis kejayaan itu merupakan kegembiraan yang hasil daripada aktivit yang dilakukan.tidak semestinya menang atau kalah.jika kegembiraan dapat dihasilkan kejayaan itu merupakan apa yang digambarkan.
bagaimana untuk mendapatkan kejayaan ini?seperti sedia maklum usaha bersungguh-sungguh dan tawakal adalah kewajipan di dalam merai kejayaan.seperti kita dapat lihat pada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, usaha mereka belajar dan mengulang kaji pelajaran bagaikan orang yang sedang bertempur di medanperang.mereka tidak lalai dan tidak membuang masa.setiap tenaga digunakan dan setiap bahan juga turut digunakan.oleh itu, kebiasaannya kejayaan itu dapat dicapai.
selain, itu tawakal juga turut diamalkan oleh setiap manusia didalam mencapai kejayaan.sedia maklum tawakal itu adalah memohon dan juga berserah kepada ketentuan tuhan.apa yang telah ditentukan dan diberikan oleh tuhan adalah untuk kebaikan kita.mengambil contoh di atas, para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akan berdoa dan melakukan majli-mjlis amal seperti bacaan yasin sebelum menduduki peperiksaan.mereka memohon supaya diberikan petunjuk dan juga dimurahkan rezeki ketika menduduki peperiksaan itu dengan niat agar mudah mereka mencapai kejayaan.
antara langkah-langkah untuk mencapai kejayaan yang ingin ditekankan oleh penulis itu adalah melakukan setiap pekerjaan atau aktiviti itu dengan minat dan juga seronok.ingin ditekankan bahawa jika seseorang itu melakukan aktiviti dengan minat tekanan bakal dapat dikurangkan.mereka akan mula gembira dedngan akitiviti yang dijalankan dan juga berasa seronok ketika melakukan.selain itu, kesan daripada berasa seronok ketika melakukan aktiviti yang dijalankan tekanan juga dapat dikurangkan.dengan mengurangkan tekanan kerja ketika melakukan aktiviti seseorang itu dapat melakukan kerja atau aktiviti itu dengan mudah.