Wednesday, March 23, 2011

KeJaYaAn

apa itu kejayaan?berjaya menjaringkan gol seperti safee sali?berjaya mengalahkan lin dan seperti lee chong wei?mungkin itu yang digambarkan atau difikirkan oleh kebanyakan manusia mengenai kejayaan.mungkin juga ade sesetengah manusia itu memikirkan kejayaan itu kebiasaannya datang dari kepuasaan.walaupun kalah di dalam sesuatu pertempuran tetapi kepuasaan berusaha dengan bersungguh-sungguh itu merupakan kejayaan bagi sesetengah pihak.bagi penulis kejayaan itu merupakan kegembiraan yang hasil daripada aktivit yang dilakukan.tidak semestinya menang atau kalah.jika kegembiraan dapat dihasilkan kejayaan itu merupakan apa yang digambarkan.
bagaimana untuk mendapatkan kejayaan ini?seperti sedia maklum usaha bersungguh-sungguh dan tawakal adalah kewajipan di dalam merai kejayaan.seperti kita dapat lihat pada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, usaha mereka belajar dan mengulang kaji pelajaran bagaikan orang yang sedang bertempur di medanperang.mereka tidak lalai dan tidak membuang masa.setiap tenaga digunakan dan setiap bahan juga turut digunakan.oleh itu, kebiasaannya kejayaan itu dapat dicapai.
selain, itu tawakal juga turut diamalkan oleh setiap manusia didalam mencapai kejayaan.sedia maklum tawakal itu adalah memohon dan juga berserah kepada ketentuan tuhan.apa yang telah ditentukan dan diberikan oleh tuhan adalah untuk kebaikan kita.mengambil contoh di atas, para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akan berdoa dan melakukan majli-mjlis amal seperti bacaan yasin sebelum menduduki peperiksaan.mereka memohon supaya diberikan petunjuk dan juga dimurahkan rezeki ketika menduduki peperiksaan itu dengan niat agar mudah mereka mencapai kejayaan.
antara langkah-langkah untuk mencapai kejayaan yang ingin ditekankan oleh penulis itu adalah melakukan setiap pekerjaan atau aktiviti itu dengan minat dan juga seronok.ingin ditekankan bahawa jika seseorang itu melakukan aktiviti dengan minat tekanan bakal dapat dikurangkan.mereka akan mula gembira dedngan akitiviti yang dijalankan dan juga berasa seronok ketika melakukan.selain itu, kesan daripada berasa seronok ketika melakukan aktiviti yang dijalankan tekanan juga dapat dikurangkan.dengan mengurangkan tekanan kerja ketika melakukan aktiviti seseorang itu dapat melakukan kerja atau aktiviti itu dengan mudah.

No comments:

Post a Comment