Friday, January 21, 2011

apa harus dilakukan?

seronoknya.itu yang kita harap dapat kita selalu ucapkan apabila melakukan sesuatu.kita pasti mengharapkan setiap perkara yang kita lakukan atau bakal kita lakukan merupakan sesuatu perkara yang seronok.kita berharap setiap perkara itu tidak akan mempuyai masalah dan semuanya berjalan dengan lancar.saya sendiri juga mengaharapkan perkara yang sama.seperti sekarang saya mengharapkan saya dapat menghabiskan artikel ini secepat yang mungkin.tetapi kita hanya merancang tuhan yang menentukan.seperti saya untuk menghabiskan artikel ini mungkin akan mengambil masa.saya perlu memikirkan tajuk yang sesuai,ayat yang sesuai dan untuk menarik perhatian orang ramai untuk membaca artikel ini saya mungkin perlu menggunakan fakta yang menarik dan juga rujukan yang menarik.setiap perkara yang dilakukan di dunia ini akan mengambil masa yang lama untuk merangka perancangannya.setiap rancangan yang dirancang itu pasti akan diisi dengan masalah yang akan timbul dan juga cara untuk menyelesaikannya.seperti contoh, kita boleh melihat kepada polisi ekonomi baru yang dilancarkan oleh tun abdul razak akibat rusuhan kaum pada 13 mei.kita boleh nampak dengan jelas bahawa malaysia pada masa itu baru sahaja mengecapi kemerdekaan tetapi keseronokan itu hanya untuk sementara sahaja.
oleh itu, untuk mencapai keseronokan untuk di dalam aktiviti yang kita lakukan beberapa langkah haruslah di ambil.bagi saya hanya dua langkah perlu diambil untuk mencapai keseronokan.langkah-langkah yang akan saya cadangkan ini hanyalah sesuai untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.untuk organisasi ataupun sesuatu yang lagi serius langkah yang diambil perlulah berbeza.
langkah pertama yang akan saya cadangkan adalah merancang.walaupun merancang itu sesuatu yang biasa bagi setiap rancangan tetapi bagi individu tidak perlulah seseorang itu merancang aktivit mereka dengan teliti.bagi saya seseorang itu hanya perlu merancang mereka di dalam fikiran mereka sahaja.seseorang itu hanya perlu membayangkan aktivit mereka dan meramalkan perjalanan aktiviti mereka.pada masa itu, mereka bolehlah berangan untuk menjadi seorang tukang ramal untuk seketika.mereka perlulah mengenal pasti masalah yang bakal mereka hadapi di dalam setiap perancangan mereka.pada masa itu, mereka juga harus untuk menentukan setiap penyelesaian yang sesuai. seperti contoh, di dalam setiap perjalanan yang mengambil masa selama beberapa jam menggunakan kenderaan seperti kereta.seseorang itu haruslah mengenal pasti jalan yang harus digunakan dan juga mengenal pasti jalan alternatif apabila jalan pertama yang dirancang tidak dapat digunakan atau mempunyai masalah dan juga seseorang itu haruslah mengenal pasti setiap tempat perhentian untuk berehat.
Perkara seterusnya yang saya ingin tekankan adalah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.apa yang ingin dimaksudkan adalah setiap rancangan yang kita lakukan kita juga haruslah bersedia untuk menerima kegagalan.seperti kita tidak semua yang kita rancang akan berlaku seperti yang dirancang.perkara ini turut telah dikatakan di atas.kita hanya merancang tuhan yang menentukan.perkara ini juga turut ditekankan adalah kerana unutk mengelak dari menghadapi kemurungan yang mendalam.seperti kita tahu kegagalan itu adalah sesuatu yang pahit.jika kita telah bersedia unutk menerima kegagalan kita akan mudah untuk menelan kenyataan tersebut.akibat paling teruk dapat kita lihat jika seseorang itu tidaj dapat menerima kegagalan adalah dengan membunuh diri.dapat kita lihat kejadian bunuh diri sering dikaitkan dengan kemurungan.dan dapat juga kita saksikan bahawa kemurungan itu adalah hasil daripada kegagalan seseorang.jika kita telah bersedia untuk menghadapi sebarang berita buruk seperti kegagalan kita akan menjadi lebih tabah.selain itu, kita juga akan merancang sebarang tindakan daripada kegagalan kita untuk menghasilkan tindakan yang lebih produktif.
perkara ketiga yang penting adalah fokus.seperti kita fokus akan berlaku apabila kita dapat memberi perhatian yang penuh terhadap aktiviti yang kita lakukan.selain itu, fokus juga dapat dikaitkan dengan menumpukan perhatian di dalam konteks perbincangan kali ini.saya merasakan jika seseorang itu fokus di dalam kerja yang dilakukan sebarang masalah akan dapat dikurangkan.seperti dapat kita lihat di kawasan-kawasan pembinaan, kemalagan boleh berlaku jika seseroang itu tidak memberi fokus yang sepatutnya di dalam melakukan perkerjaan mereka.selain itu, seseorang itu boleh memberi usaha yang lebih dari diperlukan dan idea-idea bernas juga dikeluarkan jika mereka memberi fokus yang sepatutnya.selain itu, kerja-kerja mereka juga akan berjalan dengan lancar hasil dari fokus mereka.


No comments:

Post a Comment